I'm Not Smart , I'm Just Wearing Glasses

Cendol terbaikkk

Assalamualaikum dan helo =)

Siapa kat sini gila cendol durian atau cendol basic? Sebenarnya saya bukan penggemar cendol dan cendol yang saya makan biasanya isi kandungannya je yang selamat masuk perut. Air cendol dipandang sepi dan sendu je biasanya dek sebab;

1. Tawar
2. Tak lemak
3. Tawar dan tak lemak



Tapi, Cendol Retro kat Paroi, Seremban ni memang my pecah rekod. Yihaa !!! Memang happy dan puas hati sebab rupanya memang ada cendol sedap wujud di dunia ni. Miahaha.

Dengan rasa manis yang semanis cintaku padamu, dan lemak selemak lemak di perutmu, kahkahkah memang wajar sangat cendol ni diminati ramai. Dan terus masuk ke carta hati. Bercakap pasal cendol yang manis, korang jangan ingat manis gila pulak. Alah mentanglah sis berdarah kacukan kelantan, terus dicop kaki gula ya.

Manis cendol ni sesuai sangat untuk lidah kita sebab memang justtt nice. Sama macam lemak dia. Isi cendol tu sendiri tak ciput dan kedekut. Okaylah, asyik cerita pasal manis, lemak, manis, lemak je kan? Mesti uols pun berlemak je kan baca post saya. Miahahaha.






Okay sayangness, Cendol Retro ni terletak kat Paroi Seremban. Sebelah SK Paroi. Boleh Waze "cendolku terus ke hatimu". Alah gurau je. Korang semua Waze "CENDOL RETRO" je insyaallah jumpa tau.


Cendol kat sini ada macam-macam varieti okeh. Bukan mekdi je korang boleh pilih-pilih tau. Dan paling best ada juga gerai cekodok si kodok, takoyaki doraemon, char keow tiau jackie chan, lempeng pisang lempang kang, nasi ayam berkokok, mee kari anney sebelah rumah, laksa dan few more. Penatlah akak nak mengingat semua. RAM sikit nih. So, beside korang enjoy the cendols, boleh la grab sepinggan dua menu-menu kat atas tu ya.





Berdasarkan banner depan kodai mereka, katanya Isnin tutup. So korang tak payah gatal mengidam cendol hari Isnin pula. Jenuh nanti tau nak minta diorang pintal semangkuk cendol untuk korang je. Lagi satu, jangan risau kalau rasa nak terkencing dek balun 10 mangkuk cendol sebab ada tandas kat sini. Miahaha.




Dah, tak payah menung sangat, pergilah ajak suami, boyfriend, skandal, pak gad taman perumahan korang tu pekena cendol ni.



Oh ya, harga standard je. Taklah hipsterrrrrr.