I'm Not Smart , I'm Just Wearing Glasses

8 Tips Diet Mudah by Kevin Zahri




Kevin Zahri yang dikenali juga sebagai Cikgu Fitness
atau pakar kecergasan dan pemakanan di Malaysia ..
merupakan seorang yang arif dan menitikberat tentang
pengambilan makanan yang seimbang untuk kesihatan badan kita.
Tidak kira semasa kita dalam proses diet ataupun dalam pantang sekalipun..

Kat sini aq nak share salah satu tips yang bermanfaat untuk para2
ibu ato kakak2 yang mengamalkan diet untuk mengurangkan
masala berat badan yang mereka tampung ..
hehhehehe ..
jom!!



1. Menambah Karbo Selepas Senaman
Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda 
tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. 
Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam
 badan selepas dari sesi senaman anda.
Menikmati makanan selepas senaman adalah satu kemestian.
 Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam
 keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan.
 Perlu diketahui juga bahawa pada masa inilah makanan yang
 dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.
2. Jangan Tidur Ketika Lapar
Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan 
pengurangan berat badan ialah tidak tidur ketika lapar
. Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan 
membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya
 adalah makan pada lewat malam 
tidak akan membantutkan usaha anda. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak.
 Elakkan pengambilan 
karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin 
adalah baik untuk anda. Sebagai contoh, 
susu rendah lemak adalah pilihan yang
 baik untuk diambil sebelum tidur.
3. Kitaran Kalori
Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat
 kitaran terhadap kalori anda setiap hari.
 Bagaimana utuk melakukannya?
Bila anda mengurangkan kalori dalam diet anda 
untuk tempoh yang agak lama,  
kadar metabolisma anda akan menurun.
 Jadi dengan memvariasikan dengan kalori 
yang lebih tinggi anda mampu menghalang 
dari berlakunya metabolisma yang rendah ini.
Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori 
untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi.
 Secara tidak langsung anda juga menjadikan diet anda lebih menarik.

4. Lengkapkan Dengan Protein
Protin adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. 
Protin akan membantu
 anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan 
otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya.
Pastikan anda mengambil protin yang baik
bagi setiap hidangan anda dan
 mencapai keperluan harian anda.  Pilih protin yang baik dari sumber-sumber 
semulajadi untuk hasil yang terbaik.
5. Jadualkan ‘Cheat Day’
Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu 
elakkan semua jenis makanan
 yang anda suka jika inginkan hasil yang baik.
 Satu persepsi yang tidak betul.
Dengan menjadualkan ‘Cheat Day’ ini, anda masih boleh 
menikmati hidangan 
kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekal dengan 
diet yang sihat pada hari-hari lain.
Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7
 hari hari seminggu untuk
 ‘Cheat Day’ dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.
6. Saratkan Dengan Serat
Serat juga merupakan nutrien yang penting
 dalam pengurangan berat badan.
 Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang 
paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang.
Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram
 serat untuk setiap hidangan bagi membantu 
mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri 
dari sayur, buah-buahan dan gandum penuh.
7. Kawal Pengambilan Minuman
Salah satu yang sering diabaikan dalam 
kebanyakkan plan diet ialah pengambilan minuman.
 Jika anda seorang yang gemar dengan
 minuman-minuman yang manis ini, anda 
mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari. 
Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga dikira.
Jika anda peminat tegar minuman manis ini, 
alternatif yang ada ialah dengan 
cara mengurangkan pengambilan kalori makanan anda. Jika tidak usaha 
menurunkan berat badan anda mungkin tidak akan berjaya.
Langkah terbaik ialah gantikan minuman 
manis ini dengan air suam atau air kosong.
8. Makan Lebih Produk Tenusu(Dairy Product)
Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan 
pengurangan berat badan ialah
 dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap. 
Ramai yang menganggap mereka perlu 
menghadkan pengambilan produk tenusu ketika 
dalam usaha menurunkan berat badan tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.
 Cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak.