I'm Not Smart , I'm Just Wearing Glasses

Trend atau Menjadi diri sendiri

“Aku kumpulan dengan siapa?”


“Siapa kumpulan dengan aku?”




Ingat lagi tak waktu kecil-kecil dulu, permainan "polis perompak "? Dialog di atas merupakan antara perkataan yang sinonim dengan permainan tersebut. Sebelum permainan dimulakan, satu undian akan dijalankan. Dan dialog di atas akan mengambil tempat dalam situasi itu.


Mungkin dialog biasa. Tapi panjang dan dalam lagi, ia adalah manifestasi tahap psikologi seseorang. Pemimpinkah dia atau yang dipimpin. Suka membentuk fenomena atau mengikut arus fenomena. Dalam dunia sekarang, dengan kesan globalisasi, krisis identity semakin menjadi-jadi. Khusunya remaja yang memang secara lumrah dan semulajadi mencari identity untuk diri mereka.



up to date


Setiap kali ada sahaja perkembangan baru dalam dunia style dan trend masakini remaja pasti nombor satu dalam menjadi yang up to date. Kalau dulu rock, kemudian rap, skin head, breakdance dan hoppers, kini shuffle menjadi trend semasa. kalau sesekali berjalan di kota, pasti kelihatan di tepi-tepi jalan remaja-remaja bahkan yang masih hingusan dan bersekolah melepak dan bershuffle mengikut rentak muzik. Hamper di mana sahaja, tengah kota, pinggiran urban, atau di kampong-kampung, fenomena ini telah melanda.
pernah juga trend untuk bermain pokemon go ? Macam macam sekarang trend yang ingin diiukutkan , gaya ala-ala kpop , dan banyak lagi. Tambah2 lagi dengan kecanggihan teknolgi, kebanyakakan orang mempunyai smart phone. Hanya dengan megguna kan jari manusia dapat melangkauwi pelbagai negara.

"Kpop Styles"


Bukan satu hal yang besar kalau memang remaja terlibat. Sebab sudah menjadi lumrah alam, jiwa-jiwa ini ingin mencari identiti. Bagaimana identity yang harus aku pegang dan tampilkan, supaya akan sentiasa tampil tampan, trendy, bergaya, dan up-to-date. Dan, pastinya berhabis-habisan melabur ratusan ringgit untuk mengikut trend itu.

Saya tak kisah dengan semua tu. Yang penting, ketika membuat pilihan untuk menetukan identiti masing-masing, walaupun ia memang satu proses yang berjalan, tapi at least, fahami identiti itu, dan jangan hanya sebab nak ikut. 

Ingatan untuk diri sendiri juga , dan sahabat2 yang sedang membaca.