I'm Not Smart , I'm Just Wearing Glasses

Masuk U ke Tikah ?

" Kau sambung mana tikah ? " 
" Ambik kos apa ? "
" Haritu pointer berapa ? "
" Mohon pinjaman apa ? PTPTN ke ? "

Mesti yang baru masuk degree bulan 9 haritu biasa dah dengar soalan-soalan kat atas kan ? Hahaha tak payah nak tipu laa kalau takde sebab aku pon baru je sambung belajar ni haa. 

" U apa ? " 

Haha , UKM atau bahasa jawa dia The National University of  Malaysia. Seronok , terharu ,sedih, takut , regu-ragu, bangga semua ada perasaan ni bila bukak je result upu beberapa bulan lepas. Dalam masa yang sama keliru nak masuk UM ke UKM. Dua-dua U yang aku idamkan. Tapi sebab UM aku tak dapat kos yang aku nak, so aku pilih UKM.




" Kos apa tu kat UKM ?"

Kos Pengurusan Perniagaan , tapi tahun 2 nak tukar akaun, doakan k. Inshaa Allah. 

"Best tak UKM?"

Semestinya best , Hehee. Mula-mula takut jugak, yelaa nak masuk U kot. sebelom ni yang dekat matrik pon rasa dah besar sangat dahh tempat aku belajar. Ni masuk u lagi laa kan pelajar dia beribu-ribu kot. Tapi apa apa pon kita tetap kena move jugak kan. Dah hampir dua bulan duduk sini , Alhamdulillah semua okay dan banyak benda baru yang aku cuba buat kat sini. 
"Dapat kolej apa ? , Fakulti Apa ? "

Kolej Rahim Kajai. Mula mula dapat tau kolej rahim Kajai reaksi aku , Hah ? Apa tu ? Haha tapi serius tempat dia tenang je , sebelah padang , dekat dengan stadium. Atas pulak tu kolej aku, memang aman laa jawabnya kan. Tapi tulah jauh sikit dari fakulti. aku fakulti ekonomi dan pengurusan(FEP).



Pesanan : " Bila kau dah masuk U , jangan ingat nak enjoy je , sebab bukan senang kau nak masuk, ingat macam mana mak ayah kau carik duit untuk bagi kau dapat sambung belajar. kalau rasa macam malas nak belajar , kenang balik jasa mak ayah korang k " 
#NotetoMyself 




Asasi ke Matrik ke Dip ke asalkan belajar

Assalamualaikum semua , Tikah kembali berbicara , hehehe
Seminggu dua ini, tikah rasa ramai yang konpius tentang perbezaan  Asasi, Matrikulasi atau Diploma. Hmmmm...rasa-rasanya dah banyak kali isu ini dibangkitkan. Tapi takpe meh tikah share sikit apa yang tikah tau k , Hope berguna lah yer. 
Matrikulasi dan program asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program diploma. Matrikulasi keutamaan adalah program satu tahun (PST) walaupun ada juga program dua tahun (PDT). Matrikulasi yang popular sekarang ialah matrikulasi KPM. Namun begitu program asasi seperti program asasi sains atau program asasi undang-undang atau program asasi perakaunan juga memberi peluang lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh singkat iaitu 1 tahun (2 semester) . Kedua-dua peluang pembelajaran ini, matrikulasi dan program asasi dikenali sebagai program laluan pantas (fast track). Bayangkan dalam usia 19 tahun pelajar dari kedua-dua program ini, jika cemerlang, layak memasuki program ijazah aliran sains (3 tahun kecuali perubatan 4-5 tahun) atau perundangan (3 tahun) atau perakaunan (4 tahun) dan selepas tamat belajar, bakal memasuki dunia pekerjaan di usia muda, 21-22 tahun.



Diploma pula terbuka kepada semua lepasan SPM dan semua aliran dan jenis persekolahan. Walau bagaimanapun, ia menawarkan tempoh pembelajaran yang panjang iaitu 3 tahun. Hanya selepas tamat atau bergraduat dari diploma, barulah pelajar lepasan diploma boleh mengikuti program ijazah dalam bidang yang mereka minati, sama ada aliran sains/teknikal atau aliran sastera. Ada banyak peluang belajar disediakan dalam kategori diploma oleh itu pelajar boleh merancang kerjaya mereka dari awal lagi.
Sebagai contoh, pelajar diploma perakaunan selepas tamat pengajian boleh membuat keputusan sama ada terus sambung belajar atau terus bekerja. Sebaliknya pelajar matrikulasi dan program asasi tidak boleh berhenti belajar kerana dari segi pengiktirafan, sijil matrikulasi dan program asasi itu hanya sah kegunaannya untuk kemasukan ke IPT. Jika mereka memilih untk bekerja sementara waktu atau bagi tempoh yang lama, pelajar-pelajar lepasan matrikulasi dan program asasi sebenarnya hanya memiliki kelayakan SPM. Begitulah bezanya dari segi taraf dan peluang pekerjaan.
 
Tetapi perlu diingat di sini, pelajar-pelajar yang memohon matrikulasi dan program asasi sememangnya diandaikan akan terus belajar ke peringkat ijazah, dan kerana itulah pihak KPM dan IPTA yang menawarkan program-program laluan pantas ini hanya memilih pelajar cemerlang. Ini kerana dipercayai pelajar sedia cemerlang dalam SPM akan mampu menangani kehidupan dan proses pembelajaran yang ketat dan pelbagai bagi tempoh singkat 2 atau 3 semester. Juga diyakini individu sebegini sebenarnya mempunyai kesungguhan dan cita-cita diri yang jelas. Tanpa faktor ini, maka ada segolongan kecil pelajar lepasan SPM yang menyesal mengikuti program matrikulasi maupun program asasi kerana didapati lebih ‘demanding’ dan agak sukar menerima perubahan yang mesti dilakukan pelajar. Program diploma pula, walaupun turut dipohon oleh pelajar cemerlang dan pelajar sederhana, proses pembelajarannya telah direncanakan dan dipanjangkan bagi tempoh 3 tahun. Maka pelajar-pelajar diploma ada sedikit ruang ‘bernafas’ dan peluang membetulkan keadaan jika mengalami kegagalan atau kejatuhan prestasi.
Tetapi pembaca blog ini harus sedar bahawa program  asasi,  matrikulasi  dan diploma sememangnya dirancang berdasarkan dasar dan falsafah yang berbeza. Jika anda memilih matrikulasi atau program asasi ketahuilah bahawa jerih  payah anda dibalas dengan kepantasan memasuki bidang ijazah dan dunia pekerjaan manakala program diploma, walaupun tidak ‘menyesakkan nafas’ pelajar tetapi dari segi persaingan, akan terlewat masuk ke peringkat ijazah dan seterusnya lambatmemasuki bidang pekerjaan sebagai lepasan ijazah.

Sekian , Goodluck adik adik semua, 

Hebatnya Seorang Wanita



la tahzan
Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.



Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

La tahzan.
Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.


Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.


Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya.


La tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.


Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.


InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.


Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.



” Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]


La tahzan. Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.



“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]


Dan ingatlah,



“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-
La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia! :)


Eat and repeat

EAT & REPEAT BANDAR BARU BANGI




Assalamualaikum .

Tengok gambar pun dah tahu harini nak 
post pasal apa kan kan kan . 
So here nak bagi review sikittt tentang
 Eat & Repeat 
yang bertempat di Bandar Baru Bangi 
dan Shah Alam . 
So sesiapa yang dekat dihatiku , 
bolehlah singgah dekat Bangi 
alaaa area Ameerali tuuu . 
Abg abg akak yg bujang mesti tahu
 port Ameerali sebabnya 
tu mmg tempat fav lepak paling best ! 
Andd siapa yang rumah dia area Shah Alam 
you better check it
 out sbb makanan dekat restoran ni saaaaaangat sedap . 
Dan !
 Sangat sesuai bagi yang
 nak berjimat cermat . Sebab apa ? 
Sebab RM1.90 jeee per mangkuk . 
Sgt sgt sgt affordable compare
 dengan dekat Boat Noodles . Serious . 
Makan 2 mangkuk pun dahhh kenyang . 

Our first reaction is alaaa , menu dia sikit je
 tapi lepas kau order itu ini , 
mmg tak larat nak pelahap derrr .
 Aku pergi masa first time , dengan Kira . Unexpected pun sbnrnya 
. Kitorg tak tahu nak makan mana dan 
aku baru trfikir pasal Eat & Repeat ni sbb before
 kitorg keluar tu , aku scroll twitter/facebook ada cakap
 pasal restoran nii . Then , kitorg pergi .
 Menu dia tak banyak pun 
TETAPI ye aku higlight dekat sini bahawa 
makanan dia is sedap sangat sangat sangat .
 Portion dia tk sikit dan tak terlalu banyak and 
thats why i told you 2 mangkuk pun dah kenyanggg okayyy
 tapi aku dengan Kira rakus masa tu , kitorg order 12 
mangkuk HAHAHAHAHAH . Lapar wehhh sebab dari pagi
 tak makan ! Even tadi pun ,
 kitorg order 12 mangkuk . Yeah actually kami baru balik dpd makan 
Eat & Repeat . And still with the same person . HA-HA-HA



Apa yang menarik dekat sini , ada HAPPY HOUR .
 Yayyy or Nayyy ? Mestilah yeahhh cetan hahaha .
 Kau tibai 5 mangkuk
 then you got 1 mangkuk freee .
 Bukan mangkuk tapi makanan hahahah . 
And tadi weolss dapat percuma satu mangkuk , 
we choose Kepak Ayam Tandoori . Yummy !
 Mcm mana nak dapat Happy Hour nii ?
 Kena datang dlu lah huhuhu . 
Okay pastikan datang pkl 3 ptg ke atas but before 6pm and
 make sure order 5 mangkuk
 MAKANAN ye bukan AIR and you got it !


Menu sikit je kann ? But still aku tak habis merasa
 semua jenis makanan dekat Eat & Repeat . Why ? 
Sebab kekenyangan huhaiii . Tapi paling fav is
 Nasi Putih Ayam Cincang . 
Sedap gilaaaaaa wehhh . You should tryyyy . 
Nasi goreng cina alsooooo !!!
 Anddddddd AYAM ! HAHAH . 
Yang lain sedap jugak but this top
 threee isssss always my wajib-order-dalam-list . Oh yaa , fyi , 
everything self service tau hm bkn i means , 
kau just tulis order
 sndiri laa apa kau nak makan
 hahaha then pass the list order 
dekat pekerja dia kalau kau malas nak bgn ,
 atau pergi hntr ke kaunter .
 Thats all . And nnt plg lama 10 minit laa gitu ,
 sampai laa makanan kau .
 Lepastu kalau rasa nak order lagi ,
 tulis order lagi and repeat repeat repeat ! 

Sekian review dari ATIKAH !

Trend atau Menjadi diri sendiri

“Aku kumpulan dengan siapa?”


“Siapa kumpulan dengan aku?”




Ingat lagi tak waktu kecil-kecil dulu, permainan "polis perompak "? Dialog di atas merupakan antara perkataan yang sinonim dengan permainan tersebut. Sebelum permainan dimulakan, satu undian akan dijalankan. Dan dialog di atas akan mengambil tempat dalam situasi itu.


Mungkin dialog biasa. Tapi panjang dan dalam lagi, ia adalah manifestasi tahap psikologi seseorang. Pemimpinkah dia atau yang dipimpin. Suka membentuk fenomena atau mengikut arus fenomena. Dalam dunia sekarang, dengan kesan globalisasi, krisis identity semakin menjadi-jadi. Khusunya remaja yang memang secara lumrah dan semulajadi mencari identity untuk diri mereka.



up to date


Setiap kali ada sahaja perkembangan baru dalam dunia style dan trend masakini remaja pasti nombor satu dalam menjadi yang up to date. Kalau dulu rock, kemudian rap, skin head, breakdance dan hoppers, kini shuffle menjadi trend semasa. kalau sesekali berjalan di kota, pasti kelihatan di tepi-tepi jalan remaja-remaja bahkan yang masih hingusan dan bersekolah melepak dan bershuffle mengikut rentak muzik. Hamper di mana sahaja, tengah kota, pinggiran urban, atau di kampong-kampung, fenomena ini telah melanda.
pernah juga trend untuk bermain pokemon go ? Macam macam sekarang trend yang ingin diiukutkan , gaya ala-ala kpop , dan banyak lagi. Tambah2 lagi dengan kecanggihan teknolgi, kebanyakakan orang mempunyai smart phone. Hanya dengan megguna kan jari manusia dapat melangkauwi pelbagai negara.

"Kpop Styles"


Bukan satu hal yang besar kalau memang remaja terlibat. Sebab sudah menjadi lumrah alam, jiwa-jiwa ini ingin mencari identiti. Bagaimana identity yang harus aku pegang dan tampilkan, supaya akan sentiasa tampil tampan, trendy, bergaya, dan up-to-date. Dan, pastinya berhabis-habisan melabur ratusan ringgit untuk mengikut trend itu.

Saya tak kisah dengan semua tu. Yang penting, ketika membuat pilihan untuk menetukan identiti masing-masing, walaupun ia memang satu proses yang berjalan, tapi at least, fahami identiti itu, dan jangan hanya sebab nak ikut. 

Ingatan untuk diri sendiri juga , dan sahabat2 yang sedang membaca. 

Pros and Cons of Having Children while Young

Pros and Cons of Having Children while Young



             In these days for some young people to have babies is a selfish act. However, I think that having children at that stage of life has advantages and disadvantages.

         On the plus side, when you’re young you have more energy to protect your children and spend time with them.For example, you can play together with your kids, even if the plays are very hard sports such as basketball or football. Another point is that, when you finish bring up your kids, you would be still young and have much remaining time to live. The most important thing is young pregnant have less risk than women 35 above. All in one,having children at a young age is a good thing to educate yourself and build a large family.

          However, there are also disadvantages. For example, maybe if you had a baby when she was younger, you need to release some plan in your life. You can no longer spend time with friends, go make fun outdoor activities such as hiking, mountain climbing and so on. What is more, the young parents don’t have enough experiences to raise their kids. Raising kids require various knowledge and patience. Last of all, become parents at a young age often do not have a regular job, it is difficult to raise children in a bad economy right now.

          In my opinion, having babies is a personal decision ad you have to think if you are prepared, although to be parents we will never be prepared,the age it doesn’t matter. In conclusion, In conclusion, there are pros and cons to having children while young. However, children are from God. Human can only make plans and take the best available choice for them. Although some couples may think that to be a parent in young age is not easy, I think it is depend on each person condition and their preparation.




 *THIS IS A FOUNDATION ENGLISH ASSIGNMENT , BUT I THINK I WANT TO SHARE THIS TOPIC AT THIS BLOK :)