I'm Not Smart , I'm Just Wearing Glasses

Melayang duitku


Assalamualaikum. 

Semalam album i sampai , excited gila. Tak tau nak describe macam mana :)


Album ni bukan laa macam album aku yang lain-lain sebelum ni. Yang lain-lain tuh beli berdasarkan nafsu. Album yang aku beli kali ni memang aku nak dari zaman dulu. Tak berzaman laa ada laa dalam 3bulan yang lepas. Heol. Bukan senang wey nak cari album ni, memandangkan album ni release 2012. Lamakan, that time tak silap aku.. aku spm kot. Masa zaman sekolah aku mana ada duit nak beli ni semua. Mampu beli epop je. Hahahah


So bila dah ada duit sikit ni. ada laa juga teringin untuk sempurnakan keinginan aku ni. Tak tahu laa kenapa, sesejak minat kpop balik ni aku dah ada hobi baru.. iaitu menghabiskan duit beli album. Kumpul album. wey nak nangis kejap mengenangkan duit yang melayang.


Asal macam lari topic sikit ni. Back to topic, bukan senang nak dapat album ni. Dah bermacam-macam online shop aku tinjau. kebanyakkan nya dah tak amik order lagi untuk TSC1. and one day, aku jumpa laa satu online shop ni. Dia ada jual and that album ready stock. Bila tanya harga berapa, and guess what!! aku tanjat beruk bila baca chat dia. RM340 incl postage. Tiga ghatus wey. Hahahhaha (menangis sedu-sedu) Aku berfikir sejenak.. Masa album ni baru keluar baru dalam RM100 lebih. :((( Dah aku malas nak fikir. 


Jadi aku pun decide nak beli juga walau apa pun yang terjadi. Walau apa pun rintangan yang melanda. aku nekad nak beli juga. (Bila setan dah hasut buat perbaziran ceni laa jadinya). Dia mahal pun sebab barang rare. Baru rare belum limited uolls. So disebabkan susah nak jumpa dia orang yang berniaga ni main runding-runding harga dengan kita. 


Dah 5 perenggan baru nak masuk kan gambar kan. Terok perangai ko ni, leya. Ok, ni laa album yang aku tergila-gila kan sangat tuh. Tebal dan berat wey. Jum tengok isi dalam dia. 


Dalam album ni ada 4barang. PHOTOCARD (ada signature diaorang wey), POUCHBAG, 3DVDS dan PHOTOBOOK. 



Auw comil je signature yeol, macam cacing kerawit gitu. 



Yang ni pula pouchbag, walaupun simple janji official. Hahhahah (gelak gedik) Kalau sesiapa yang ada barang makeup berlambak tuh boleh laa letak dalam ni. Kalau aku, memang jenis tak suka nak bermekap mekap sangat jadi aku buat pouchbag ni untuk cium sebelum tidur (meluat sangat yang part, rasa nak tuing tuing je kepala ko, leya)



Ni pula dvd nya. Dah staph jangan tanya aku dah tengok belum. Ofc belum sebab aku tunggu masa sesuai untuk tengok contohnya malam karang. Baru boleh fefeeling ada dekat concert. 


Yang ni pula photobook. Ada 112 muka surat.. haa cukup laa buat tatap oppa satu persatu. (Nampak desperate sangat ko ni leya) ahh mian, kehidupan seketul fangirl memang ceni. Ok, aku patut berhenti menaip memandangkan reader aku dah banyak lari sejak perenggan ketiga tadi. 
Hehehehe tu je laa kot nak ceritaa byeee