I'm Not Smart , I'm Just Wearing Glasses

Baik Sangka Pada Semua Perkara

Ada banyak hal yang tak pernah kita minta
tapi Allah tiada alpa menyediakannya untuk kita
seperti nafas sejuk, air segar, hangat mentari,
dan kicau burung yang mendamai hati
jika demikian, atas doa-doa yang kita panjatkan
bersiaplah untuk dijabah lebih dari apa yang kita mohonkan




Baik Sangka.. itulah topik yang saya nak kongsikan dalam post kali ini.



Baik sangka dengan Allah, juga baik sangka sesama manusia.



Baik Sangka dengan Allah

'kenapa Allah tak makbulkan doa aku? padahal aku tak pernah meninggalkan perintahnya'



'kenapa dia, yang xdelah lah baik sangat aku tengok, tapi nasib dia selalu baik, selalu je dapat apa yang dia nak'
'Ya Allah, kenapa result exam aku macam ni, sedangkan aku dah berusaha?'



Pernah tak kita mengeluh dengan apa yang berlaku pada diri kita?
cuba kita muhasabah balik diri kita?



apa yang kita terima, sama ada kesenangan atau kesusahan, kedua-duanya adalah ujian.. bila Allah bagi kita kesenangan, Allah nak uji tahap kesyukuran kita, bila dia menguji kita dengan kesusahan, dia nak uji ketabahan kita..  kita sebagai hamba, memang layak diuji.



jadi, apa sahaja takdir yang berlaku kepada kita, selepas usaha kita, bersangka baiklah dengan Allah, dengan ketetapan-Nya. Setiap apa yang Allah bagi, adalah yang tebaik untuk hambanya..Bukankah Dia pencipta kita?? So, of coz Dia Maha Mengetahui apa yang tebaik untuk kita..Yang terbaik untuk kita adalah bersangka baik dengan Allah.



sabda Rasulullah s.aw. :  
"Sungguh menakjubkan perkara seorang mukmin. Seluruh perkaranya baik baginya. Tidak ada hal seperti ini kecuali hanya pada orang mukmin. Jika dia mendapatkan kesenangan lantas dia bersyukur, maka hal itu baik baginya. Dan jika dia ditimpa kesulitan lantas dia bersabar, maka hal itu baik baginya." 
(Riwayat Muslim, no. 2999)




Allahu..bagaimana pula reaksi kita bila mendapat sesuatu??
tepuk dada tanya iman..



yang tebaik untuk kita sebagai hamba adalah berbaik sangka, Bukan kah  Allah seperti sangkaan hambaNya??



Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.” H.R. Abu Hurairah



Baik Sangka Sesama Manusia



Berbaik sangka sesama manusia.. yang ni selalunya susah sikit..selalunya mudah benor kita bersangka buruk dekat orang sebelum selidik dan bertanya.. pandang je dah judge.. ouh..itu bukan sifat orang mukmin ye kawan -kawan ^_^.



disebabkan sangka buruk inilah selalu terputusnya sesuatu hubungan, persahabatan atau kekeluargaan.



disebabkan sangka buruk ini jugalah, berlakunya cerita sedih dalam sejarah Islam..tahu tak cerita apa?? hadithun ifki.. fitnah yang berlaku terhadap ummul mukminin, Saidatina Aisyah r.a.. Ya, yang menyebarkan fitnah ini, bukan seorang mukmin, dia adalah seorang munafik, iaitu Abdullah bin Ubai..
tapi, sebahagian orang mukmin juga mempercayainya..sepatutnya mereka bersangka baik dengan Saidatina Aisyah, bukankah mereka mengenali siapa Aisyah??



Kita ambil contoh mulia dari pasangan Abu Ayyub dan Ummu Ayyub, bila mana mendengar cerita tersebut, bertanya sang suami kepada isterinya, 
"Andai engkau adalah Aisyah, mungkinkah engkau melakukan hal itu?"



jawab Ummu Ayyub, "aku berlindung kepada Allah dari yang sedemikian. Sesungguhnya aku memandang zina sebagai sesuatu yang hina dan keji. Ia adalah seburuk-buruk jalan, sesuatu yang takkan terfikir untuk kulakukan meski datang kesempatan untuk itu."



balas Abu Ayyub, "demikian juga aku, aku juga berlindung dari Allah dari hal sedemikian. Padahal sungguh, Aisyah lebih baik dari diriku dan Safwan lebih baik daripada diriku. Mka lebih tak mungkin lagi mereka melakukannya. Sungguh berita ini adalah sebuah kedustaan yang nyata."



Subhanallah, muliakan sikap mereka?? dengan bersangka baik, hati kita akan lebih tenang.



sama ada kita kenal atau tidak sikap sesorang itu, sebelum mengetahui atau selidik, tugas kita adalah bersangka baik dan berlapang dada.



Sheikh Abdul Kadir Al-Jailani pernah berkata : 
"Selama hidup di dunia ini, yang terbaik adalah menyelamatkan hati dari buruk sangka.”



So..as the conclusion..yang terbaik buat kita sebagai hamba yang berimn, adalah berbaik sangka dengan Allah dan juga sesama insan ^_^..



wallahua'lam, moga bermanfaat :)

Hero yang sebenar


Assalamualaikum semua
So, hari ni saya nak share sikit mengenai Hero/heroin sebenar sebagai pemuda islam , hehe.

Syabab tua apa ea?? 
Ok, syabab means pemuda, memiliki tubuh yg kuat dan minda yang jernih.
Dengan tarbiah yang tepat , mereka dapat menggoncang dunia dengan tangan mereka. Insyaallah.

Kenapa orang selalu  tekankan pemuda??
Ye la, masa muda ni lah kita perlu persiapkan diri sebelum hari tua mendatang, masa sihat n kuat ni lah boleh buat macam2. Dari muda lah, kita kena didik diri kita.

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada Abdullah bin Umar semasa beliau masih remaja.
“jadilah engkau di dunia seolah orang asing atau musafir yang singgah di jalanan” –HR Bukhari

Pemuda Islam yang kita  inginkan hari ini.

-        Pemuda yang bersedia untuk hidup dan mati kerana Islam.
-        Pemuda yang sedar dan meyakini bahawa kehidupan duniawi ini hanya sementara , lalu bersegera     mengumpul bekalan menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Pemuda Islam perlulah..
1-      Perlu menetapkan matlamat hidup dan berusaha untuk mencapainya. Matlamat perlulah bertepatan dengan alquran dan sunnah.  Pemuda Islam perlu menetapkan matlamat untuk menjadi insan yang kuat iman, luas ilmu dan indah akhlaknya.

2-      Jangan sia-siakan masa muda, masa muda masa menyumbang. Masa inilah badan kita masih kuat untuk melakukan banyak perkara. Sumbanglah sesuatu untuk Islam apa yang termampu.

3-      Isi masa dengan aktiviti yang bermanfaat, cukuplah bermain-main.

4-      Jaga mata, jaga iman.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“pandangan adalah salah satu anak panah beracun daripada iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Allah, maka Allah akan memberinya keimanan yang manisnya terasa di dalam hati” (riwayat al-hakim)

5-      Buat baik kepada ibu bapa kerana mereka adalah kunci kebahagiaan “ redha Allah terletak pada redha ibu bapa”.

6-      Jangan padamkan cahaya ilmu dengan meninggalkan maksiat.
Imam syafie berkata : “ sesiapa yang ingin Allah membuka dan menerangi hatinya, maka jauhilah ucapan yang tidak berguna, tinggalkanlah dosa dan maksiat, dan hendaklah  dia memiliki ibadah tersembunyi antara dirinya dengan Allah s.w.t.

7-      Mencintai buku dan ilmu. 

8-      Mengatur masa, bahagikan masa untuk –membaca, riadah, ibadah, bergaul dan berhibur.


Bersyukur dan jangan mengalah





Assalamualaikum Hai semua. So topik kita harini bersyukur :)

Memang ada orang yang bila tidur dalam kelas pun boleh pandai bangun bangun jawab soalan cikgu.
Mmg ada org yg tayah kerja pun semua benda dia ada sbb bapak dia kaya.
Mmg ada org takyah susah susah sbb dia pandai ini pandai itu.

Tapi di sebalik semua tu, it still takes struggle kan. Dan paham kan? Allah itu adil. Tu rezeki dia . That's it. Takpayah pertikaikan apa apa. "Dia genius boleh aaaa. Dia cantik boleh aaaa. Dia cenggini boleh aaa."

Well. Why you want to give up and stop fighting for what you want because everyone else has it: kadang kadang kita tatahu what it takes for that person utk dpt what they want. 

If kita nak pandai gak, belajar a. Kalau kita nak duit poket lebih, use whatever you have utk berbisnes walau gula gula sekalipun. If you want to be happy, learn to be happy.

Fight for what you want. Dan kalau tak sedar, that's what Allah wants us to do. Fight for it. To makesure kita deserve it. And it is really worthy. 

You know that moment bila kita dah 3 hari 3 malam tak tidur sbb nak siapkan assignment to makesure its perfect , well at least almost.
Dan lecturer happy with our work, dan perasaan bila lecturer kata good job? Yes that feeling.

Atau kita berbisnes utk cari duit poket. Dan bila dpt untung plus customer bg feedback best dan kita happy sbb they are happy. That satisfaction punya perasaan? Yes. That one.
Tuhan bagi bonus. 


Dan ingat , if you've fought habis habisan dan things dont turn out mcm apa kita nak. Jgn give up. Jgn meroyan. It happens.


Tapi sbb Allah tahu. Kita deserve something bigger. Ssbab paling best bila saat dah jatuh tergolek rasa hidup gelap dan kita tetap move on dan cari nur . Cari light. 

Bila jumpa, itu perasaan paling. "Allah maha besar. Terima kasih ya Allah."




Entry Mengantuk

Assalammualaikum | hai peeps.


Ekceli aku dah mengantuk gila dah skang ni. Kalau aku sampai kepala atas bantal sure aku lelap punya la. Tapi aku ada benda lagi nak kena setel. 

So today i've been busy tidying my home, especially my room. Tabah takdela busy mana pun tapi aku kan jenis pemalas so kemas sikit-sikit tu for me its such a big deal. Hari khamis ni nenek belah mak aku nak datang so korang faham-faham je la kalau puan-puan terhormat nak turun padang kita nak kena buat apa kan hahahaha. 

Bilik aku tak la serabai sangat pun. Ok je aku tengok tapi yelaa, nak kena halau semua habuk-habuk tu blah dari bilik tu since my nenek is soooo comfortable to sleep in my room kan. Jadi kalau nenek dtg aku kena merempat tempat lain la. Contohnya sofa. Aku ok je tidur atas sofa. Aku mmg suka tidur situ sambil on tv hahahaha (then keesokan paginya aku kena marah sbb biar tv terpasang sampai ke subuh)Aku takut hantu guys. Sbb tu la aku biar je tv tu kehkeh. 

Nak cerita pasal semalam sikit laa . hehe semalam pergi ni haa karnival seni kat Dectar UKM . Best laa sebab bukan wakil ukm je buat show ada jugak dari thailand , viatnam, indonesia , apatah lagi tak ingat. Yang paling tak boleh blah ada show yang sekumpulan laki tu seksi gila. Hahha apa lagi tutup mata laa. Panas kejap Dectar masa tu . huhuu tu jelahh nak cerita. Apa apa pon semalam enjoy laa. Dah dahh ni sebenarnyaa ngantuk sangat dah ni tapi kena jugak buat entry ni . Huhuuu 


Gais, apa kata aku sambung kemas-kemas bilik esok je? sbb aku dah mcm zombie dah weyhh siryes! Kena lelap jugak ni. Esok pagi nak kena pi bank sebab nak tukar kad bank. I supposed to go to the bank pagi tadi tapi sbb ada something come up then tak jadi la nak pegi. 


Then, till here guys. Goodnite!

Tak Sabar Nak Tengok


upcoming korean drama, legend of the blue sea

Tak sabar tunggu cerita korea baru yang akan mula minggu depan.
 Ada tiga korean drama yang currently dalam to-watch list aku. 
Pengaruh cerita korea ini memang kuat macam pengaruh donald trump jugak.
 Bila dah tengok trailer memang akan terjebak.
 Tak boleh kalau tak tengok sebab gerenti akan teringat-ingat teaser tu.
 Lagi-lagi kalau ada actor kacak dan hensem. I kenot resist! :p 
 Ada tiga drama korea yang akan mula pada minggu depan yang aku nak tengok.
 Are you ready?

1. Legend of The Blue Sea

Tengok teaser pun dah best. Pelakon utama drama Legend of The Blue Sea ini 
adalah si kacak Lee Min Ho dan si cantik Jun Ji Hyun.
 Drama ini adalah inspirasi daripada sejarah kisah dongeng orang Korea 
iaitu Joseon legend dimana seorang nelayan menangkap puteri duyung 
dan melepaskannya. Dalam cerita ini pulak, puteri duyung yang terakhir 
di dunia muncul di Seoul dan cuba untuk hidup sebagai manusia. 
Bila dah jadi manusia,
 terjumpa pulak dengan si penipu Lee Min Ho. Lee Min Ho pula akan
 ada dua watak di era berlainan iaitu zaman dulu dan zaman moden. Curious
 gila nak tahu jalan cerita drama Legend of The Blue Sea ni! 
Agaknya dapat tak puteri duyung zaman dulu survive zaman moden?

Release date : 16 November 2016

2. Weightlifting Fairy Kim Bok Ju



Drama Weightlifting Fairy Kim Bok Ju ini pulak mengisarkan tentang atlet
 yang cuba untuk mencapai impian mereka dalam sukan yang diminati. 
Pelakon utama adalah Lee Sung Kyung sebagai Kim Bok Ju dan Nam Joo Hyuk
 sebagai Jang Joon Hyung. Drama ini bukan sekadar sukan tetapi akan diselitkan 
kisah cinta antara pelakon utama! Hmm boleh ke Bok Ju comel ni angkat berat?

Release date : 16 November 2016


3. Oh My Geum Bi


Drama Oh My Geum Bi ni macam cerita sedih. Berkisar tentang seorang 
ayah yang menjaga anaknya yang berumur 
8 tahun yang mempunyai penyakit Alzheimer. 
Hmm mengingatkan aku dengan movie A Moment To Remember.
 Rasanya kena sedia tisu bila tengok drama ni!
 Pelakon utama adalah Heo Jung Eun sebagai Geum Bi dan Oh Ji Ho sebagai Mo Hwi Chul. 
Tak sabar nak tengok!

Release date : 16 November 2016
* * * * * *
Don't forget to mark your calendar! 

Tips move-on

Semua orang pernah kecewa, tersakiti, disakiti , rasa down bagai nak give up dalam hidup. Yes, we do. Tapi satu je nak pesan, jangan layan sangat perasaan tu. Jangan rasa seolah-olah kau je yang pernah kecewa kat dunia ni, seolah-olah kau je yang lifeless. oh no, sorry... Please, do not look at yourself with disgust, you are a gift to this earth. You are beautiful, you are light, an energy, essence. You are nature yourself :)

Firstly saya nak awak semua bahagia dan gembira kembali. Semua orang berhak untuk rasa happy dan happiness. Kebahagiaan sebenar adalah kebahagiaan hati. Jadi, jangan bandingkan cerita awak dengan cerita orang lain. Tapi belajar lah dari cerita awak dan cerita orang lain. Itulah orang yang bijak!

Tips Move-on

  • MEMAAFKAN.
Kenapa kena maafkan? Ofkos dan perkara ini sangat penting. Memaafkan adalah perkara utama dalam usaha MOVE ON. Memaafkan seolah-olah awak dah redha dengan apa yang Allah takdirkan pada awak. dan terbuka satu pintu bahagia dalam hati awak. "omg I tak kan maafkan dia, besar kot salah dia pada I" . ok chill, kiranya awak berdendam lah? Memaafkan tak sama dengan melupakan. Jadi, maafkan lah dia dan saya tak paksa awak untuk lupakan. sebab proses untuk menghilangkan PARUT mengambil masa yang lama. Its okay, tu normal. selagi awak tak maafkan dia, ia dikira awak berdendam dan menyebabkan hati lagi sesak dan tak tenang. Mana satu awak nak? Fikir..
  • BUSY-KAN DIRI
Selepas dah maafkan dia, Alhamdulillah. awak sangat kuat! tahniah. Terus melangkah dengan point kedua, iaitu busykan diri. Busykan diri dengan perkara faedah dan mendekatkan diri pada Allah. Bila kita busy, kita dah takde masa nak fikir pasal dia. secara tidak langsung, kita dah pun lupakan dia dengan mem-busy-kan diri dengan kerja-kerja kita. Saya sangat suka busykan diri, sebab memang terbukti kita takde masa nak buat perkara yang menyakitkan hati sendiri. saya bagi contoh membusykan diri dengan perkara berikut :

- Baca buku tarbiah, ilmiah, sejarah nabi
- Melukis (hobi saya) atau laksanakan hobi anda
- Scroll ig yang caption dan gambar menzahirkan tarbiah hati.
- Buat homework/ assignment yang bertimbun
- Kemas atau hias bilik bagi nampak ceria (untuk bina jiwa baru yang move on)
- Bersukan
- Tengok kat youtube cara buat kek, pastu try buat (ee seronok)
- Fokus dengan impian hidup. (contohnya nak ada bisness sendiri, busykan diri dengan plan supaya impian jadi kenyataan)
itulah antaranya, semoga dapat membantu. Semua di atas, memerlukan usaha diri. Allah takkan ubah nasib seseorang melainkan dia yang mengubah sendiri. Saya tak dapat nak push diri awak supaya jadi sepertimana yang saya nak, iaitu awak gembira. Tapi usahalah diri sendiri, push diri sendiri untuk jadi gembira sendiri. sayang diri sendiri tak? Cepat bangun , dan usaha.

  • TINGKATKAN AMAL
Hasil bacaan buku tarbiah, ofkos kita akan dapat ilmu baru. So apalagi? amalkan mana yang mampu. Tingkatkan amal, baca alquran. kalau dulu, baca al-quran setiap kali lepas subuh je. Mungkin lepasni, setiap kali lepas solat fardhu. At least, dalam satu hari . dah 5kali baca al-quran. Kalau dulu tak berapa khusyuk solat, mungkin lepasni bertambah khusyuk. sebab takde apa dah nak fikir, hanya fikir plan untuk move on je. Dalam otak, cuma fikir untuk teruskan usaha move on ini. Memandangkan, usaha move on ini juga mendekatkan diri pada Allah. lagi satu, kalau boleh solat sunat tahajjud jangan tinggal. kalau tak pernah try, try lah buat. Allahuakbar, sangat tenang. Percayalah

Jadi, kesimpulannya faham tak apa yang saya cuba sampaikan ni? Tips move on ini saya dapat hasil bacaan buku tarbiah dan caption kat instagram. Saya simpulkan menggunakan cara saya sebab saya pun dah alami dan amalkan. Alhamdulillah. Jadi, tips ini berdasarkan pengalaman saya. bukan hanya copy paste. Semoga dapat sebarkan bahagia ini pada semua :) wallahualam.


point penting : "Allah takkan ubah nasib seseorang melainkan dia yang mengubah sendiri"

Cintakan Allah itu sangat indah

pandangan ku lontarkan jauh nun di sana,
merenung kembali perjalanan hidup,
ranjau dan onak yang telah dilalui,
semua berputar sekali lagi dlm mindaku…
Ya Allah… jauhnya aku padaMU,
dalam mengejar cinta seorang bernama insan,
aku kecewakan dan abaikan engkau,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering terleka dan lalai,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering tersasar meletakkan kasih itu,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering mengabaikan ‘cinta’ ilahi Rabbi,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering mengabaikan kewajipanku pada ilahi,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering melakukan kesilapan dengan dosa-dosa,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering berkata ‘ala, dosa kecil jer… ’
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku tidak sedar yang dosa ku anggap kecil itulah yang ‘gelapkan’ hatiku,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku buta dalam menilai cinta yg tulus dan ikhlas,
dalam mencari cinta hakiki seorang insan,
aku sering disakiti, dikecewakan dan ditinggalkan…
hatiku milik siapa???
adakah hatiku milik insan yang tidak tetap hatinya?
adakah hatiku milik insan yang cintanya ada batasan?
adakah hatiku milik insan yang cintanya sementara waktu?
adakah hatiku milik insan yang bermusim kasihnya?
adakah hatiku milik insan yang rapuh hatinya pada ilahi?
adakah hatiku milik insan yang tiada KALAM ilahi dalam hatinya?
adakah hatiku milik insan yang leka dengan duniawi?
adakah hatiku milik insan yang lupa akhiratnya?
inikah yang aku mahu letakkan hatiku padanya???….
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…
baru aku sedari yang hatiku begitu jauh dariMU,
baru aku sedari yang hatiku terlalu kotor,
baru aku sedari yang hatiku ini ceteknya keimanan,
baru aku sedari yang hatiku penuh dengan sifat nifak,
baru aku sedari yang hatiku ini penuh dengan bisikan syaitan,
baru aku sedari yang hatiku ini penuh dengan duniawi…
Ya Hayyum, Ya Qayyum, Ya Latif…
ada padaMU sifat kekal…maka kekalkanlah hatiku menuju nurMU
ada padaMU sifat berdiri dengan sendiri… maka kuatkanlah hatiku dlm ranjau duniawi agar ku bisa berdiri dengan kekuatanMU,
ada padaMU sifat lembut… maka lembutkanlah hatiku menuju maghfirahMU…
Ya Allah, Ya Rabbi,
jangan Kau kelamkan hatiku dengan kegelapan dunia kini,
campakkan cahaya hidayahMU ke dalam hatiku,
moga dapat aku berikan sedikit,
cahaya itu buat mereka yang kegelapan,
semoga segala yang ku lakukan hanya untukMU,
hanya untuk merebut kasihMU yang Agung,
hanya untuk mencapai redhaMU,
di dunia dan akhirat….
Ameennn Ya Rabbal ‘Alamin….

Melayang duitku


Assalamualaikum. 

Semalam album i sampai , excited gila. Tak tau nak describe macam mana :)


Album ni bukan laa macam album aku yang lain-lain sebelum ni. Yang lain-lain tuh beli berdasarkan nafsu. Album yang aku beli kali ni memang aku nak dari zaman dulu. Tak berzaman laa ada laa dalam 3bulan yang lepas. Heol. Bukan senang wey nak cari album ni, memandangkan album ni release 2012. Lamakan, that time tak silap aku.. aku spm kot. Masa zaman sekolah aku mana ada duit nak beli ni semua. Mampu beli epop je. Hahahah


So bila dah ada duit sikit ni. ada laa juga teringin untuk sempurnakan keinginan aku ni. Tak tahu laa kenapa, sesejak minat kpop balik ni aku dah ada hobi baru.. iaitu menghabiskan duit beli album. Kumpul album. wey nak nangis kejap mengenangkan duit yang melayang.


Asal macam lari topic sikit ni. Back to topic, bukan senang nak dapat album ni. Dah bermacam-macam online shop aku tinjau. kebanyakkan nya dah tak amik order lagi untuk TSC1. and one day, aku jumpa laa satu online shop ni. Dia ada jual and that album ready stock. Bila tanya harga berapa, and guess what!! aku tanjat beruk bila baca chat dia. RM340 incl postage. Tiga ghatus wey. Hahahhaha (menangis sedu-sedu) Aku berfikir sejenak.. Masa album ni baru keluar baru dalam RM100 lebih. :((( Dah aku malas nak fikir. 


Jadi aku pun decide nak beli juga walau apa pun yang terjadi. Walau apa pun rintangan yang melanda. aku nekad nak beli juga. (Bila setan dah hasut buat perbaziran ceni laa jadinya). Dia mahal pun sebab barang rare. Baru rare belum limited uolls. So disebabkan susah nak jumpa dia orang yang berniaga ni main runding-runding harga dengan kita. 


Dah 5 perenggan baru nak masuk kan gambar kan. Terok perangai ko ni, leya. Ok, ni laa album yang aku tergila-gila kan sangat tuh. Tebal dan berat wey. Jum tengok isi dalam dia. 


Dalam album ni ada 4barang. PHOTOCARD (ada signature diaorang wey), POUCHBAG, 3DVDS dan PHOTOBOOK. 



Auw comil je signature yeol, macam cacing kerawit gitu. 



Yang ni pula pouchbag, walaupun simple janji official. Hahhahah (gelak gedik) Kalau sesiapa yang ada barang makeup berlambak tuh boleh laa letak dalam ni. Kalau aku, memang jenis tak suka nak bermekap mekap sangat jadi aku buat pouchbag ni untuk cium sebelum tidur (meluat sangat yang part, rasa nak tuing tuing je kepala ko, leya)



Ni pula dvd nya. Dah staph jangan tanya aku dah tengok belum. Ofc belum sebab aku tunggu masa sesuai untuk tengok contohnya malam karang. Baru boleh fefeeling ada dekat concert. 


Yang ni pula photobook. Ada 112 muka surat.. haa cukup laa buat tatap oppa satu persatu. (Nampak desperate sangat ko ni leya) ahh mian, kehidupan seketul fangirl memang ceni. Ok, aku patut berhenti menaip memandangkan reader aku dah banyak lari sejak perenggan ketiga tadi. 
Hehehehe tu je laa kot nak ceritaa byeee